Wednesday, September 19, 2012

Semut bawa lari laptop

Assalamualaikum,

waa... lamanya saya tak update blog ni. Rasanya sejak saya mula kerja di pejabat 5 bulan yang lepas. Dah 5 bulan? Cepatnya masa berlalu. Tak rasa macam dah 5 bulan pun. Rasa macam baru je semalam masuk office, malu - malu. hehe.. 

Kepada yang bertanya, 'Toys and Gifts by kamilia' still on, cuma saya dah kurang buat promosi. Tapi alhamdulillah masih ada serius buyer yang sudi mesej saya untuk beli 'educational toys' untuk anak mereka dari saya. Terima kasih saya ucapkan kerana masih percayakan saya. 

Bulan lepas, my daughter, Kamilia Aisyah dah pun genap 2 tahun usianya. sekarang dia dah riuh bercakap. Before that, dia diam je. Sampai MIL suggest saya belikan supplement untuk membolehkan kamilia bercakap. Masa tu saya susah hati jugak la. "teruk sangat ke anak saya ni'. Ya lah.. kamilia belum lagi masuk 2 tahun. If dia dah reach 5 years old and still tak bercakap tu of course la kita kena risau kan? Tapi dia baru nak masuk 2 tahun. 

Lepas fikir - fikir, saya tawakal kan je bersabar bagi masa kat kamilia sebab dia berjalan dulu pun lambat. Genap setahun, sehari dua lepas birthday dia baru dia betul - betul boleh jalan. Jadi saya rasa kamilia mesti boleh bercakap lepas 2nd birthday dia. Alhamdulillah! Betul tekaan saya. heheh.. Dia dah boleh panggil saya; ibu..... kalo tak, dia cuma panggil 'abah' je. Jenuh ajar dia panggil saya 'ibu' tapi dia sebut 'abah' jugak.  Terbalik kan budak sekarang? Budak dulu, orang pertama yang dia panggil mak, tapi sekarang, kebanyakkannya panggil abah dulu plak. hehe. 

Sangat happy bila kamilia dah pandai buat ayat - ayat pendek. Kadang - kadang tersangat la pendek sebab dia bunyikan bunyi hujung perkataan je. Contoh; Tesco. dia sebut '...co' je. haha.. kelakar kan? contoh lain; semut. tp dia sebut '...mut'. 

Sebut pasal semut ni, ada cerita lain berkait sebenarnya. Kamilia sangat la suka dengan kartun upin ipin. Mula-mula saya sangat excited bila kamilia suka tengok kartun ni sebab sebelum ni dia tak minat apa-apa rancangan tv. Pasang la apa-apa pun, dia buat tak tau je. Jadi saya banyak belikan dia buku bagi dia tengok gambar dalam buku tu. Tapi sejak dia jatuh cinta dengan upin ipin, buku dia dah jarang pegang. Asal pasang je cd upin ipin, cd tu jugak la yang terpasang kat laptop dari pagi sampai dia nap, pastu smbg sampai ke mlm. Tak keluar main pun takpe. Asal upin ipin ada. Haihh... Suara upin ipin je dengar dalam rumah. Berlawan - lawan dengan suara tv. huhuhu. Mana tahan macam ni. 

Jadi, satu pagi, saya dapat idea untuk sorokkan laptop (extreme sangat ke saya? huhu) Bila dia tanya 'pin pin' dia, saya cakap laptop hilang dan suruh dia cari. Kesian jugak la saya tengok dia masuk tiap - tiap bilik kat rumah tu cari laptop tapi tak jmpa. Dia datang semula kat saya 'ibu, pin pin?' sambil pusing - pusing kan tangan dia (tanda tak jumpa). "agaknya semut ambil kot. sebab kamilia letak laptop merata - rata. Semut ingat kamilia tak nak dah laptop tu". hahaha... dashyat kan cerita saya? Kamilia terus terkedu~ 

Sekarang bila time cuti je laptop tu 'jumpa'. Tak pun kamilia tengok upin ipin dia kat rumah nek'enda dia or kat rumah pengasuh dia. hehehe...... Takpe. nanti ibu langgan majalah upin ipin ya kamilia.. kita baca sama-sama nanti :)

Peminat no.1 upin ipin ;)http://instagr.am/p/PghgMvnjva/





No comments: