Tuesday, January 3, 2012

"just nak keluarga bahagia je.."

Pejam celik pejam celik dah pun masuk tahun 2012.. Cepatnya la masa berlalu kan? Tengok2 mai dah pun nak final exam. Rupanya dah 4 bulan pun mai berulang alik Melaka-Seri Manjung. Insyaallah blh la grad tahun ni. Jgn la ada paper yang kantoi. Sebab i really need to move forward. Rasa macam dah tersekat lama sangat dah kat 'level' ni. huhu.. its demotivating me. Apa pun tak boleh buat.

SO... Tak salahkan kalo mai nak buat plan untuk tahun ni? Kalo tanya hubby, dia cakap, harapan dia just nak keluarga bahagia je. Erm... mmg la. sapa yang tak nak. Tapi apa pengisiannya? Contoh mcm kita nk menjayakan 1 majlis, mesti nak tau apa pengisian majlis tu kan? Kalo just cakap nk majlis tu berjaya je, mana boleh... Kena ada rancangan, ada bahan... time management... tapi hubby tetap cakap 'nak keluarga bahagia' je. Malas nak cakap banyak2, pendam kan je la. Baik buat plan sendiri. Hehe. Plan saya tahun 2012 ialah........... jeng3...

  1. Pastikan kali ni betul2 hbs belajar... (jaga diri bebaik masa final exam kali ni)
  2. Cari kerja cepat-cepat. Buat permulaan, kerja biasa2 pun tak pe
  3. Start bayar hutang Mara
  4. Start hulur duit kat umi and abah (tak banyak, sikit pun kena bagi dah)
  5. Pastikan kamilia dapat masuk nursery yg baik
  6. Beli something as a surprise gift for my hubby. Sejak kami kawin, saya tak pernah belikan dia apa2. huhu.
  7. Beli oven and bake cake! i really love baking tapi sejak kawin ni still tak de peluang lagi nak bake 1 cake pun. huhu. 
  8. Simpan duit untuk pg holiday kt oversea masa wedding anniversary yang ke 5. Tempat...tak tau lg. Tahun ni insyaallah wedding anniversary kami yg ke 3. Sempat ke? huwaaa~
Tu je la plan saya untuk tahun ni. Hehe... Tak besar pun. Harap dapat buat semua... heee~

Selamat tahun baru kepada semua Kawan blog ibu and housewife!

No comments: