Sunday, January 15, 2012

Power of SIX!

Waaa.... pagi tadi mmg saya bersemangat giler nak pg program Dr.Azizan Osman tu. With me is my classmate, suhailah and her sister. We walk (yes...we Walk) from our universiti to Hotel Renassaince tu. Adalah dalam setengah jam. Sebenarnya kitaorang ikut jalan jauh. Ada jalan dekat rupanya. Balik tu baru kitaorg ikut shortcut tu. Hehe... By the way, if kita nak tggl kt bandar melaka ni, kita kena tau suma shortcut. Baru blh berjaya dan hidup tenang. Semua tempat kat bandar mlka ni ada jalan shortcut. Trust me. If we don't know the short cut, we will end up tersekat dalam traffic jem, ikut jalan jauh, lagi2 jalan kt bandar mlka ni suma one way. huhu... pening.

Ops... terlari cerita plak. Sambung balik k..

Smpi hotel tu pukul 8.30 pagi. Smpi2 je ada petugas2 program tu akan edarkan borang suruh kita tulis nm and sign sebagai tanda persetujuan kita tak akan rakam apa2 gmbr or video semasa program tu berlansung. Utk pengetahuan semua, petugas2 tu bukan la orang biasa yang volunteer bertugas kat situ. Sebaliknya mereka semua adalah dari alumni Dr. Azizan. Mereka datang sekadar untuk berkhidmat untuk mentor mereka! kesemua mereka ada perniagaan yang sedang meningkat naik. Bak kata mereka, hidup mereka jadi 'huru hara' selepas mengikuti program Dr. Azizan. Huru hara sbb apa? Huru hara sbb tak menang tangan handle perniagaan mereka yang semakin berkembang dan cash in flow yang tak putus-putus. waaa....Hebat kan? :D

 Lepas tu saya, suhailah dan adiknya terus naik tingkat 7, register dan masuk dewan. Dapat la gelang mcm nak masuk genting highland. hehe.. Saya sangat excited nk cari tempat duduk yang dekat dengan pentas supaya dapat tengok dan dengar dengan jelas Dr. Azizan. Saya mahu dapat 'direct' Ilmu yg akan dikongsi oleh Dr.Azizan nanti. Syukur kami dapat tempat duduk yang baik walaupun dah ramai orang  sebenarnya dalam dewan tu. Rasa happy sangat smpi lupa yang sebenarnya masih blum sarapan. Nasib baik ada singgah beli roti dekat 7e dalam perjalanan tadi. Sbb dh lapar sangat, kami mkn jugak dlm dewan tu 'malu-malu' sementara tggu mjls start. hehe.. daripada pengsan, baik mkn je kan?

Untuk program setengah hari ni, Dr. Azizan banyak berkongsi pengalaman dan kisah hidup beliau sendiri dan juga alumni2 program beliau. Bagaimana beliau men transformasi kan diri dari org yang sentiasa gagal dalam setiap perkara yang dibuat smpi la beliau berjaya pada hari ini. Dr. Azizan banyak membuat kajian bagaimana seorang manusia tu blh berjaya dlm hidupnya dan apa yang saya lihat beliau tekankan sepjg program ni adalah mind setting dan vibration kita. Untuk berjaya, Kita mestilah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah, Tapi pada masa yang masa, mind setting kita juga kena betul. Ini adalah kerana, otak kita ni  adalah vibrator untuk diri kita, pengeluar aura tubuh kita. Jadi  bila kita fikir yang buruk pasal diri kita; cthnya macam "aku ni malas dan bodoh", maka otak kita akan keluarkan negative vibration pada tubuh dan pemikiran kita sekali gus menjejaskan aura kita. Lagi teruk kita sebarkan plak negative vibration tu kat orang lain, cthnya bila kita update status kat facebook dan sebagainya. Ini kerana, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat adalah satu doa buat diri kita sendiri! Jadi, bila kita update status kat facebook, "hari ni adalah hari yang paling malang dlm hidup aku" secara tak lansung, dia dah doa yang buruk untuk diri dia sendiri dan bila org lain baca dan sebut status tu (wlupun dalam hati) secara tak lansung orang tu pun mendoakan kan kita akan dapat hari yang malang dan menyebabkan mereka pun terset negative vibration dlm diri mereka sendiri dan terjangkit "hari yang malang " tu dari kita. Erm... korang faham tak apa yang saya nak cuba smpi kan ni? hehehe...

Dr. Azizan juga kongsi 'The power of 6' yang saya rasa bagus kita amal kan dalam hidup sehari2 kita untuk ubah nasib kita, untuk ubah pemikiran kita... tp nanti saya cerita dalam post yang akan datang. Jangan lupa baca entry post yang akan datang. hehe...Saya nak kena sambung study. Exam esok pagi ni.

'Saya pasti boleh jawap soalan exam esok dengan tenang dan lancar dan betul!'. Saya pasti boleh! Sebab

SAYA KAYA DAN BERJAYA!!

No comments: