Saturday, January 14, 2012

Potensi Diri


Tarikh: 15 Jan 2012
Tempat: Bunga Raya Ballroom, Renaissance Hotel, Melaka
Masa: 9 pagi-12 tgh hari
Bayaran: RM30 utk 3 org 
(sbb dftr awal ni dpt murah)

Esok saya akan hadiri program ni. Harapan saya semoga program ini dapatlah bantu saya lebih mengenali potensi diri dengan lebih mendalam lagi. Sebab sebelum ni kalau orang tanya "lepas habis belajar nanti nak kerja apa?", saya tak tahu nak jawap apa. Rasa macam tak ada cita-cita plak. Semua course yang saya ambil masa kat universiti adalah mengikut keadaan semasa persekitaran. Saya bukan belajar apa yang saya minat. Tengok saja biodata sekolah saya :

SPM: Sekolah Teknik Gerik, lulusan pengajian kejuruteraan mekanikal
Diploma: UiTM, lulusan pengurusan perniagaan
Degree: UiTM, lulusan pengajian polisi dan sains pentadbiran.

Jadi siapa saya? pada umur 26 ni, saya masih mencari identiti saya. huhu.. Surat khabar, majalah dan tv semua menjerit pasal kehebatan program ni. Jadi saya harap saya tak akan kecewa esok. Kadang2 saya berangan nak buka bisnes sendiri atau berniaga/bekerja dari rumah supaya saya dapat besarkan anak saya sendiri (ya.. saya nak besarkan anak saya sendiri) tapi saya tak tahu macam mana nak buat semua tu. Apa yang pasti, saya nak cari kerja supaya dapat bantu suami, hulur duit kat parent dan dapat jaga diri sendiri dan anak.

Exam masih belum habis lagi. Hari isnin ni, ada paper Quality Management dan paper terakhir, Knowledge Management. Saya tak confident dengan keupayaan diri menjawap exam kali ni. Selepas setahun bercuti, saya rasa macam tak mampu jadi pelajar lagi. Entah kenapa, saya tak boleh fokus pd pelajaran, rasa bersalah begitu menebal dlm jiwa. Saya lebih banyak fikir mcm mn nk ringankan beban umi saya jaga kamilia kt rumah tu. Saya kerap berkejar blk ke rumah supaya dapat amik kamilia dan bagi umi rehat hujung mggu. Itulah masa saya rasa tenang sikit walaupun hakikatnya saya berharap dapat menumpu perhatian pada pelajaran saya. Dia selalu pesan suapaya belajar bersungguh2 untuk semester last ni tp saya tak blh berhenti dari berfikir ttg dia dan anak saya. huhu.. saya selalu rasa depressed. 

Saya tak harap dapat keputusan cemerlang. Cukup sekadar lulus saja. Saya tahu ini memang mengecewakan. Saya sendiri kecewa dengan diri saya sendiri. Jadi, siapa saya? Dimana kekuatan saya? apa potensi diri saya? 

No comments: