Thursday, October 13, 2011

kamilia di sana, saya disini (T_T)

Assalamualaikum...

Hari ni saya baru boleh nak update blog. Rasa bersemangat ni sbb pagi tadi bila saya try nak buka, tengok2 ada malware attack warning plak dari google chrome. Rasa sedih and kecewa gak sbb saya tak tau nak buat apa. Nasib baik Iman, kawan saya boleh tlg tengok kan. Macam mana la boleh kena malware attack... huhu. Lepas ni saya akan pastikan saya selalu jenguk blog. Walaupun tak berkesempatan nk taip apa2.

Sejak 12 september 2011 hari tu, saya dah pun mula ke kelas balik. Yup.. Saya sekarang kat melaka smbg semester akhir kt UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 10hb 9, saya dan en.khalil dah smpi kat melaka sebabnya kami nak pastikan saya dapat tempat kt hostel baru UiTM ni. oPS.. Apartment yayasan melaka. UiTM belum beli lg bangunan baru ni tapi ada dah dengar ura2 akan beli. Apartment ni sangat la dekat dengan UiTM. Bak kata orang, 'depan hidung je'. Syok oOooo...

Tapi sistem pendaftaran untuk check in yang si yayasan melaka buat ni sangat la teruk. Ada ke patut diaorg suruh kumpulkan dulu housemate 10 org baru boleh byr deposit rumah and dapat kunci. Kalau tak, kena bayarkan dulu duit masuk rumah utk 10 orang. Mesti bayar untuk 10 orang tu baru boleh dapat kunci and pindah barang! Untuk sepanjang semester, seorg pelajar kena byr RM700. Kalau tak dapat bayar RM700, kena byr minimum RM300 dulu. Jadi bayangkan la, kalau kita dah dtg awal, tapi kawan2 lain tk dtg lg, jenuh la nak kena keluarkan RM3000 supaya kita dapat kunci. Kalo tak, kena tggu dulu la.Terukkan?

Bila saya tau macam tu stail pendaftarannya, saya susah hati la. dh la tk kenal sapa2 pun kt situ. Budak2 lain suma panggil2 kawan2 diaorg supaya dapat cukupkan 10 org 1 rumah. Sapa nak panggil saya? Adoi.. Nak tak nak, saya ke depan and jumpa pegawai yayasan mlka kt situ n bgtau mslh saya. Nasib baik dia tlg carikan and thank god saya dapat housemates and roomates yang sgt baik sudi terima saya masuk rumah diaorg kat Blok B tgkt 11

Saya tak nk citer lagi lain2 hal yang berlaku slps tu contohnya saya n hubby kena panjat tgga ke tgkt 11 smbl bw brg2 sbb semua org terpaksa beratur panjang naik lif untuk angkut brg2 and lif yg dibuka suma 1 je.... huhu. terbaik la yayasan mlka ni. Nanti saya upload gmbr apartment ni ya...

Ok.. walaupun saya sibuk kt melaka ni, tapi still rindu kat princess kesayangan saya tu. Dalam entry sblm ni, saya ada bgtau yg kamilia kena duduk dgn tok and tok wan dia kat penang. Tapi plan tu tak jadi sbb dia sekarang tggl dgn mak saya. Yea! Saya suka sebab rumah mak saya dgn rumah kitaorg dekat je. Jadi en.khalil boleh la selalu jenguk kamilia. Tak la kamilia sedih sangat. Risau gak kalo dia sakit or demam rindu berpisah dgn saya. Tapi syukur la, smpi hari ni kamilia sihat and happy. Nanti saya cerita lg pasal kamilia ya?

Thanks for reading!

No comments: