Wednesday, September 21, 2011

Salam bLOG!

Assalamualaikum semua!

Pergh.. Lama betul saya tak update blog ni. Rasanya last saya update masa bulan puasa hari tu. Tu pun saya cuma ajak kawan2 masuk contest utk menang duit raya. Join tak? Ada sapa2 menang? hehe...

Banyak dah yang dah berlaku sejak tu; kamilia sambut birthday dia yang pertama, kamilia sambut aidilfitri dia yang pertama (maknanya saya n hubby pun 1st time sambut raya dengan zuriat kami. hehe..), kamilia dah start nak jalan dan saya pun dah balik ke melaka untuk sambung semester akhir saya.

Kamilia mcm mn? Dia skrg tggl dgn umi saya! Alhamdulillah.. saya lega sangat umi saya boleh jaga kamilia. Bukan apa, kamilia sgt rapat dgn umi saya. Lagipun rumah umi dan rumah kami sangat la dekat. Jadi hubby boleh la selalu jenguk kamilia.

Ingat lagi aidiltri tahun lepas, masa tu saya baru seminggu lahirkan kamilia. Tapi skrg dia dah pun sambut birthday dia yang pertama. Alhamdulillah. Syukur pada mu Ya Allah.. Semoga Kamilia membesar jadi anak solehah dan hamba Allah yang berjaya dunia akhirat.

Sempena birthday Kamilia, saya dan hubby tak la buat apa2 sambutan walaupun niat di hati tu ada nak buat kenduri kesyukuran dan jemput kwn2 makan sikit2. Tapi niat tu di tangguhkan dulu. Insyaallah ada rezeki lebih nanti, boleh la jadi kenyataan. Kamilia dapat hadiah baju dari acu, tok and tokwan dan 2 biji kek birthday yang sangat best. 1 dari kawan baik saya, ika dan ija. "Thank you so much korg sbb belikan kek comel utk anak aku. hehe". Sapa tak rasa terharu bila kawan ingat birthday anak kita, kan?

1 kek lagi, kamilia dapat dari nek'enda dia. Kek shin chan plak tu... comel giler. hahaha.. Sempena birthday kamilia, parent dan adik beradik saya belanja kami sekeluarga buka posa kt luar. Buka posa? sbbnya  birthday kamilia yg pertama ni jatuh pada bulan puasa. Jadi belanja buka posa la. (birthday anak, tp mak bapak plak yg dapat mkn best. hehe.. rezeki2~)

Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah beri. Tujuan saya cerita semua ni bukan la sbb nak menunjuk2 anak saya dapat hadiah best masa birthday atau sebginya tapi utk menghargai pemberian ikhlas kwn2 dan kaum keluarga utk kamilia dan kesudian mereka utk sama2 sambut birthday kamilia yg pertama ni bersama saya dan hubby. Semoga Allah balas semua kebaikan anda. Saya juga berharap, apa yang saya tulis kat sini boleh jadi satu kenangan manis utk kamilia baca nanti.

Kamilia potong kek shin chan

ibu kamilia plak yg excited. 


Bergambar 1 family lepas buka puasa dan potong kek shin chan kamilia

No comments: