Saturday, September 24, 2011

Doodle ibu dan kamilia

Saya rasa sekarang ni musim org 'mendoodle' kot. Ke sana ke sini saya blogwalking lebih2 lagi ke blog 'puteri'2 suma cerita pasal minat mereka terhadap aktiviti ni. Tapi mmg cute kan doodle ni? 

Bila asyik tengok hasil doodle org lain, saya pun rasa nak mendoodle jugak. Walaupun saya tak pandai nk melukis, tapi nak try jugak! Hasilnya, jadi la macam di atas tu. Comel tak? 1st time saya doodle tu. Tapi ambil masa juga la. Pelan2 lukis. Hehe.. Dah lama siap tapi baru hari ni sempat upload dlm blog. 

Saya lukis/doodle gambar saya and kamilia masa raya. Memandangkan kamilia baru setahun ,dia tak faham kenapa orang bagi dia sampul duit raya. So each time bila ada orang bagi dia sampul, dia akan bagi balik sampul tu kt orang lain plak. Dia pun sibuk nak memberi jugak! hehe.. 

Tapi kalo orang bagi dia duit, dia akan pegang erat2. Kecik2 lagi dah kenal duit! Tak tau la mana dia belajar. Padahal dia duduk kat rumah dengan saya je. Hehe. Agaknya bila dia tengok saya simpan duit dalam purse and guna duit tu each time nak beli brg, dia fhm yang duit tu 'penting'. Budak zaman sekarang sangat cerdik kan? hehe..

Ok tak doodle saya? hehe....

No comments: