Tuesday, August 9, 2011

cerita


Assalamualaikum... 

Waaa... Dah beberapa hari saya tak update blog. Hati tak tenang sebenarnya. Mood pun kadang-kadang ok. kadang tak ok. Fikiran berserabut. Huhu. 

Erm.. Kebetulan kamilia tengah tidur lagi dan saya baru habis masak, dapat la online kejap. Hari ni korang masak apa untuk berbuka? Saya masak sup ayam je tadi. Tu yang cepat je siapnya. 

Dah nak masuk 10 hari kita berpuasa kan? Selama ni saya beli makanan untuk berbuka kat pasar ramadan. Untuk sahur baru saya masak. Tapi sekarang, saya dah tak tau nak beli apa kat pasar ramadan tu. Walaupun ada macam2 jenis lauk, kuih muih dan air yang boleh buat kita terliur, tapi sekarang rasa macam dah tak hairan lagi dengan semua tu. 

Erm.. teringin nak buat sendiri kek atau agar-agar atau puding tapi encik khalil tak bagi sokongan pulak. Oven yang rosak tu pun dia tak nak hantar repair lagi. Dia kata tunggu saya habis belajar bulan 3 nanti. Lepas tu nak masak apa pun masak la. Kadang2 rasa sedih jugak sebab tak dapat buat benda yang disukai. Tapi saya faham kenapa dia cakap macam tu. Sabar lah hati.... Memang kami kena berjimat cermat sekarang ni sebab bulan 9 ni saya nak habis kan semester akhir pengajian saya yang dah setahun tertangguh.

Bulan 9 yang makin dekat ni buat saya rasa excited dan sedih pada masa yang sama. Sedih dan rasa hati ni disiat2 plak sebab terpaksa berpisah dengan Kamilia Aisyah sekejap. Untuk 6 bulan, dia akan tinggal dengan tok and tok wan dia kat penang. Insyaallah setiap 2 atau 3 minggu baru la saya dan suami dapat balik dan jumpa dia. 

Serius, saya mst menangis setiap kali saya bayangkan hari saya akan tinggalkan dia kat penang dan balik manjung tanpa dia. Kesian Kamilia. dia tak pernah berenggang dengan saya. Setiap malam tidur dengan ibu dia, bangun tidur pun cari ibu dulu. kalau tak nampak ibu, mesti dia menangis. Abah dia pujuk macam mana pun dia akan tetap menangis sampai la dia nampak ibu dia. Saya susah hati betul nak tinggalkan dia. 

Tapi nak buat macam mana.. Sabar la hati. Ni semua untuk masa depan saya dan kamilia jugak. Saya mesti kuatkan hati. Sebelum ni memang ada terfikir taknak buat dah semester akhir tu. Biar la... Kerja la apa saja asalkan tak perlu berpisah dengan kamilia. Lagipun keluarga saya pun ada masalah dan saya rasa tak bersemangat nak belajar lagi disebabkan masalah tu. Tapi encik Khalil dan keluarga mertua bagi nasihat dan sokongan padu. Mereka sanggup tolong jaga Kamilia walaupun saya seboleh2 tak nak menyusahkan mereka.

Sekarang, saya akan pegang nasihat mereka dan pastikan saya belajar bersunggug-sungguh nanti. Sabar lah Kamilia, Sabarlah hati....  

No comments: