Tuesday, August 2, 2011

Bulan Ramadan yang mulia

Assalamualaikum semua!

Macam mana 1st day puasa? Mesti ok kan? Semoga Allah terima puasa dan semua ibadat kita semalam. Amin.. Insyaallah hari ni kita akan buat yang lebih baik dari semalam. 

Entry kali saya nak share niat puasa. Selalunya kita diingatkan niat puasa hari-hari kan? Tapi kalau buat macam tu, kadang-kadang kita terlupa plak. Lepas tu mula lah kita jadi was-was. "Eh.. aku dah niat ke belum puasa hari ni?.. Alamak..".

Untuk mengelakkan perkara macam tu berlaku, baik kita niat puasa sebulan terus sebagai back up. Abah saya selalu pesan buat macam tu. 1st day puasa, niat untuk sebulan terus. Jadi, walaupun kita terlupa nak niat setiap hari, sekurang-kurangnya kita dah niat puasa sebulan terus dah. Selamat~ hehe.. 


Atau 

kalau nak niat dalam bahasa melayu je, kita boleh niat macam ni je. 
"Sahaja aku berpuasa sebulan ramadan kerana Allah taala."



Cukup lah kot untuk hari ini. Nanti kita cerita lain plak.. hehe. Thanks for reading~

p/s
mission hari ni, nak serahkan hadiah ga. YA!! saya baru nak serahkan. Huhu.. sebelum ni tak sempat sebab berapa hari dah tak sihat. huhuhu. Minta maaf kepada pemenang yang masih tggu hadiah. 

No comments: