Thursday, July 28, 2011

Ramadan is coming! Yea!

Huhu.. kebelakangan ni saya cepat letih. Bila sampai waktu malam, saya rasa tak sabar nak tidur. Menyusu kamilia, selalu juga la ibunya tidur sekali terus. Mgkn sbb cuaca makin panas skrg ni. Ujian dari Allah, makin dekat bulan puasa, makin panas cuaca.


Korg dah sedia nak puasa? Syukur alhamdulillah kita diberi peluang untuk bertemu ramadan yang mulia sekali lagi. Semoga kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kedatangan bulan ramadan kali ni untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah.

Masih banyak kelemahan saya sendiri sebagai hamba Allah yang masih perlu diperbaiki dan diperbetulankan. Memang rasa menyesal bila terlupa, terletih sangat, tertidur walau pun tau nak masuk waktu solat dsbnya untuk melakukan perintah Allah tapi inisiatif untuk memperbetulkan kesalahan adalah tersangat perlahan dilakukan. huhuhu...  Saya mahu berubah, Ya Allah!

Setiap kali bulan puasa nak tiba, saya paling suka dengar lagu "harapan ramadan" nyanyian kumpulan Raihan feat Man Bai. Rasanya semua orang pun suka lagu ni kan? Boleh menitik air mata bila dengar and nyanyi lagu ni perlahan2 kat diri sendiri. Huhu...

Oklah. Cukup sampai sini dulu. Selamat berpuasa semua!


"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/raihan/harapan_ramadhan_feat_man_bai.html ]
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua"


p/s
ramadan kali ini saya kesedihan, tak dapat nak sambut dengan umi dan abah sebab seseorang yang penting kan diri sendiri. "Sampai hati kau, pecah belahkan keluarga sebab nak memenuhi hawa nafsu ko." 

No comments: