Thursday, July 7, 2011

missing my 'me time'..

Assalamualaikum semua!

Sebentar tadi saya berblogwalking ke blog seorang ibu. Dia bercerita bagaimana dia telah memarahi anaknya yang tak mahu tidur walau pun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi gara2 si anak masih nak tengok DVD kegemarannya sedangkan si ibu yang baru balik dating bersama si ayah sudah penat dan nak masuk tidur. Lagipun esok nak pergi kerja. Seorang pembaca yang telah membaca entry tersebut memberi komen yang pada saya agak menyakitkan hati dan memarahi ibu tersebut kerana keluar berdating dgn si ayah dan tinggalkan anak dgn orang gajinya.

Seriusly, boleh sesiapa bagitahu saya apa hak pembaca blog tu nak memarahi ibu tersebut? Apa dia tahu tentang motherhood? Saya tak rasa pembaca tu ada anak lagi sebab tu dia bercakap ikut sedap mulut. Tahukah encik, bercakap tu mmg senang. Apakata encik buat dulu apa yang encik cakap tu lepas tu baru cakap balik. Ada orang cuma tau cakap je. Bila suruh buat, diri sendiri ketar lutut.

Saya tak hairan la sebab apa masyarakat kita tak boleh terima atau memandang rendah dengan ibu-ibu yang mengalami postpartum atau kemurungan selepas bersalin. Kita mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap wanita. Sejak kecil lagi kita dah di ajar yang kaum perempuan mesti tahu dan boleh buat semua kerja. Kena masak, jaga rumah, jaga laki dan jaga anak. Kalau boleh, masa baru lepas bersalin pun nak suruh buat kerja macam tak ada apa2 yang berlaku. Bila kita mengadu sakit, kita disuruh kuatkan semangat.  huh.

Saya sering tanya diri sendiri, apakah selepas berkahwin dan ada anak, kita kena lupakan kehidupan sendiri? Saya bukan nak merungut tapi kadang2 saya memerlukan masa saya untuk bersendiri dan melakukan aktiviti yang saya suka. Saya teringin nak pergi berjogging, minum2 dgn kawan, shopping sendiri atau masa untuk tidur petang sekejap. Tapi saya tak pernah dapat lagi buat semua tu sejak saya bersalin. Even masa saya sakit atau demam, saya kena juga jaga anak.

Saya bukan la tak bersyukur atau tak sayangkan anak saya. Tapi saya cuma manusia biasa. Saya berharap bakal2 ayah selepas ni jangan la diulangi kesilapan ayah2 zaman dulu kala. Susah senang biarlah bersama2 isteri. Prihatin la sikit dengan keperluannya. Ringankan tulang membantu dia di rumah dan menguruskan anak. Jangan la fikir diri sendiri saja. Begitu juga dengan masyarakat di luar. Kalau dulu, jiran satu kampung tolong menolong dalam hal membesarkan anak. Tapi sekarang, orang lebih suka tengok dan mengata saja. Harap satu hari nanti mentaliti ni dapat diubah. Mengapa kita, lebih2 lagi masyarakat melayu tak boleh bersatu hati? Masing2 nak tunjuk hebat saja. Saya rasa terkilan sangat.


Luahan hati saya.

Thanks for reading ya!

No comments: