Wednesday, July 20, 2011

Esok, 21 Julai!

Assalamualaikum semua!

Hehe.. saya ingin umumkan hari ni, tgh malam nanti, GA saya akan di tutup penyertaannya. Untuk baca update on this GA, pls click here . keputusan pemenang GA saya akan umum kan esok (kalau tak ada apa2 halangan, cewah..) atau paling lewat sblm hari jumaat. Harap2 kamilia sihat2 hari ni, tak meragam dan tidur awal malam nanti. Boleh la saya online. hehe..

Esok juga adalah birthday suami saya yang tersayang, terkasih dan tercinta itu. Tapi, dengan sedihnya saya nak cerita, saya tak ada apa-apa plan pun untuk sambut birthday dia. Sebelum ni saya ingat nak masak kek untuk dia tapi oven yang saya pinjam dari umi saya, rosak plak. Api bawah untuk oven tu tak menyala. huhu.. harap api atas je tak boleh masak juga kek tu. Nak belikan kek, dia tak minat pula. Jadi, tak ada kek hari jadi untuk abah kamilia tahun ni.

Untuk hadiah pula, saya rancang nak beli beberapa barang untuk dia. Jenuh la saya 'cover line' bila nak minta izin keluar sbb nak pergi survey barang-barang tu. Suri rumah macam saya kena la pergi check harga dulu sebelum nak belikan barang untuk orang lain. Lepas tu baru boleh fikir macam mana nak minta duit kat encik suami. Haha.. kalau dia bagi, kali ni kiranya dia la beli hadiah tu untuk diri sendiri sebab dia yang bagi duit, kan? Tapi, cerita sekarang ni, rancangan saya nak beli hadiah pun gagal. Dia bagi saya duit tapi warning saya jangan belikan dia apa-apa. Dia lagi suka saya beli barang untuk diri sendiri atau kamilia. Owh~ So SWEET... hehe.

Jadi, ada sesiapa boleh bagi saya cadangan untuk meraikan birthday dia? Kalau korang kat tempat saya, apa korang nak buat ya? Cerita la..

3 comments:

alyafify said...

okey, nama alya ada..tq dear.. hehe
haaa... try buatkan incik suami sis, kek batik.. senang jer nk buat dia.. hehe..tak payah guna oven pun ;)

Nida said...

salam...

Betul tu.. buat kek atau masakan yang best-best.. macam nasi minyak ke.. sekarang ni dalam internet pelbagai resipi boleh dicuba..:)

maihidayatul said...

terima kasih alyafify dan nida! cadangan bernas tu. btl juga ek..bleh masakkan dia lauk yg extra special. hee~ suka2.