Thursday, July 21, 2011

Balik kampung.. wooo.. balik kampung


Perhatian.. gambar ni bukan gambar saya punya. Encik google bagi saya gmbar ni tapi tuan punya gambar ada kat sini. Jom jenguk blog dia. Dia pun ada cerita pasal durian gak. Minta izin pinjam gambar ya, tuan empunya..

Yea! esok, lepas encik khalil sembahyang jumaat, kami akan bergerak balik kampung di sungai bakap. Di samping menjenguk mak dan abah, kami juga nak makan buah2 yang abah tanam di kebunnya. Maklum la, sekarang kan musim buah-buahan. Buah durian dah luruh, pokok rambutan dah berbunga2.. seronoknya! hehe..

Pokok durian yang abah tanam ialah pokok durian kawin/kacuk. Isinya lebih tebal dan buahnya kurang berbau berbanding buah durian kampung (macam gambar di atas). Bagi sesiapa yang suka makan durian tapi tak tahan baunya, boleh la cari buah durian kacuk ni. Hehe.. tapi saya ok je. Buah durian kampung ke, buah durian kacuk ke, saya makan je. Janji buah durian. Yummy!

Tapi encik khalil tak, dia nak buah durian abah dia juga. Jadi, walaupun buah durian ada berlambak jual tepi jalan, duduk rumah pun tercium-cium bau durian ( mgkn jiran sebelah rumah beli kot. hehe) saya kena bersabar dulu sampai kami balik kampung. Tapi saya tak kisah pun sebenarnya, sebab penantian untuk balik kampung dan makan durian abah memang berbaloi-baloi. hehe..

Biasanya bila anak-anak abah balik kampung, mak mesti buat pulut untuk makan dengan buah durian. Usually makan untuk breakfast. Masa mula2 kawin dulu, terkejut jugak saya bila mak hidang pulut and durian untuk breakfast. "pagi2 dah makan pulut? Erk...". Tapi sekarang, dah boleh terima dah. Sampai boleh mengidam2 lagi. Hehe... Ala.. Setiap family ada culture masing-masing kan? Mula2 mgkn boleh kena culture shock, pastu biasa la.

Harapnya kamilia tak 'merap' bila dah sampai kat rumah tok dan tok wan dia nanti. Boleh snap gambar.. hehe. Tak sabarnya nak balik kampung! Ohh~ Pulut duriannnnn... Hehe.


Thanks for reading!

p/s
saya tak online insyaallah sampai hari isnin. kepada pemenang ga, di mana kah anda?

1 comment:

fara anak abah said...

memerlukan khidmat n masa anda,jom join cntest saya?hadiah menarik..

http://vogue-kiwi.blogspot.com/2011/07/contest-saya-suka-dan-saya-komen.html