Monday, August 1, 2011

1 day of ramadan nak sahur apa?

Assalamualaikum semua!

Saya tak boleh nak tidur malam ni. Mungkin excited nak puasa esok kot. Cewah.... Kamilia dah lama enak di buai mimpi. Tapi dia tak tidur buai ya.. dia tidur atas tilam kat depan tv. Kami tidur kat bawah sekarang ni. Tak boleh dah nak tidur atas katil kelamin dengan tilam yang empuk tu; sebabnya kamilia dah bertambah lasak dah skg. Tak pasal2 jatuh katil plak nanti. Dulu ada juga buat pagar keliling katil dengan bantal n playpen dia. Waktu tu dia tengok je la. Sekarang habis dia panjat semua. huhu... Bertambah tak lena tidur ibu yang sememangnya tak pernah dapat lena sejak dah ada anak ni.

Ada sesiapa nak kongsi resepi lauk makan untuk sahur nanti? Saya cuma nak masak ikan bawal sweet sour. Cukup la kot 1 lauk je. En.khalil bukannya ada selera nak makan pagi2. Dulu masa mula2 baru kawin, rajin betul la saya nak masak 2-3 lauk nak bagi dia makan untuk sahur. Saya punya la bersemangat bangun awal last2 dia makan sikit je. Nasi ceduk dalam pinggan pun tak habis. Pastu buat tak tau la kat kita yang dah bertungkus lumus masak ni. Memang terasa hati la time tu. Sedih wooo~ Pagi tu dia cakap, dia mengantuk sangat sebab tu makan tak habis. huhuhu...

Sekarang ni dah ada anak, tak tau la apa ceritanya plak.. Kita tengok jap lagi. Kalau kamilia pun bangun awal jugak nak tolong ibu masak, harap en.khalil pun bgn awal jugak ya... tlg tengok kamilia sementara ibu masak.

Apa cerita ramadan kalian? Jom la kongsi dengan mai..

No comments: