Monday, June 27, 2011

Ulangtahun perkahwinan yg ke 2!

Assalamualaikum semua!

Happy Anniversary to me and hubby!

Saya rasa bersemangat dan ceria hr ni SEBABNYA (maaf. terkuat volume plak. hihi) hari ni hari ulangtahun wedding saya dan encik khalil yg ke 2 tahunnya! Yea!! Alhamdulillah. Kamilia pun dh 10 bulan. Sihat dan ceria. Ok2. kita doa sikit ya?

Doa saya; "Ya Allah, Aku bersyukur dgn jodoh ku ini. Semoga perasaan cinta dan kasih sayang kami akan kekal kuat dan berkekalan antara satu sama lain sehingga ke akhir hayat kami berdua. Ku pohon moga dilimpah ruahkan la rezeki kami dan jadikan la kami bersatu hati dalam menghadapi apa jua rintangan yang akan datang dlm hidup kami bersama-sama. Sesungguhnya kau maha pengasih dan maha penyayang .  Amin ya Allah".

Teringat 1st time kami berjumpa. ngee~ Masa tu saya saya baru grad diploma dan bekerja part time di stesen petronas. At that time, saya la satu2nya pekerja lama kt situ dan yg lain semua freshie. Jadi kalo apa2, suma cari saya la. Encik khalil kata sebelum ni dia tak pernah pun lg pg ke stesen petronas yg saya kerja tu tapi hari tu dia nak cari minyak hitam utk keretanya. Dh pg suma stesen petronas yg ada kt manjung ni tapi suma tak ada stok. Kiranya stesen yg saya kerja tu last try tgk la. Sbbnya dia beria sgt nak beli minyak hitam tu, dia kata nak dpt hadiah yg ditawarkan masa tu; sebuah khemah! Hahaha... kalo dh jodoh tu, mcm2 la benda boleh jadi sbbnya .(senyum sorg2. ngee~)

1st tme mata bertentang mata (ececece..) saya biasa je. Maklum la, kerja kt stesen minyak, mmg jmpa ramai org lelaki. Dah semua nk isi minyak. Saya tak la kata org perempuan tak isi minyak tapi nisbah lelaki lbh ramai lagi. Dia tanya pasal minyak hitam tu dan khemahnya. Masa tu mana ada stok lg. Saya cakap (dengan senyuman yg saya rasa menawan la time tu) "stok tak ada lg. Dtg la esok".

Korg rasa dia dtg tak? haha... saya tak fikir pun dia nak dtg lagi tapi mmg dia btl2 dtg la. Terkejut jgk saya masa tu. "eh.. bior benor mamat ni". kwang3.... Dia tanya lg pasal minyak hitam tu. Saya jadi susah hati la. Risau plak nanti dia marah sebab saya yang suruh dia datang lagi hari ni. Tapi saya tak baject pun dia nak datang lg and mmg minyak tu tak smpi lg, jadi saya minta maaf dgn dia dan saya suruh dia dtg kemudian sbb saya btl2 tak tahu bila stoknya nk ada. Masa tu saya pelik jgk dgn dia. Minat benor dgn khemah primax tu. Tapi saya fikir positive la, mgkn dia nk pergi berkhemah. Alang2 dh beli minyak hitam dpt khemah, baik amik je kan? Hurm...

Lepas dia blk, saya rasa lega la. Saya fikir dia tak datang lg tapi esoknya dia datang jgk!. Time ni saya tau dh ni bkn sbb nk beli minyak hitam tu lg dh ni. Ni dah lain dah ni.. haha.. tapi saya diam je la. Nak buat apa lagi pun? Nak marah pun tak boleh sbb dia customer, lagi pun bila dia senyum, haii... mmg boleh bikin cair la saya. kuikuikui. Lagi sekali saya beritahu dia, minyak hitam tu tak ada. Cuba korang kira, berapa hari dia datang stesen petronas tu berturut2?  Dah 3 hari berturut2. Haa... dia datang lepas dia habis kerja. Dalam pukul 6 setiap kali. Saya ingat lagi. Yea!

Ok sambung balik tadi, hehe. Of course la minyak tu tak ada kan. Jadi saya pun minta maaf. Dia senyum je and kata, "tak apa la. tapi lepas ni kalo saya dtg lg, saya nak minta no. telefon awak". Saya punya la terkejut dengar dia cakap mcm tu, smpi saya tengok je dia keluar dari kedai mesra sampai la dia masuk kereta dia. Mata tak berkelip lansung. Adoi... hahaha. Rasanya tak perlu la saya cerita lagi apa yang jadi lepas tu. Memang esoknya dia datang lagi and minta number telefon saya betul2.

Hari ni dah 2 tahun pun kitaorang kawin. Kalo korang semua nak tahu, saya tak boleh nak berhenti senyum dan ketawa sorang2 sambil tulis cerita ni. Saya rasa kisah cinta kami sangat simple and sweet. Kami bertunang selepas 2 bulan kenal dan kawin setahun 6 bulan lepas tu semasa saya di tahun akhir buat ijazah di UiTM. Walaupun ada rancangan kami yang kini tergendala, tapi kami tetap bahagia bersama. Saya bersyukur kerana ada dia disamping saya dan kamilia aisyah yang comel. Heee~

Thanks for reading ya!

No comments: