Thursday, June 16, 2011

Ibu.Susu ibu dan Kamilia Aisyah

Assalamualaikum suma!

Sana sini sekarang dh riuh dgn galakan dan sokongan  pasal penyusuan susu ibu ni. Malah sekarang pun dh ada kempen kt tv dan radio. Ramai ibu-ibu muda pun berkobar2 nk memastikan mereka dpt menyusu anak mereka secara exclusive selama 2 thn. Berbanding dulu, sekarang dh ada byk info mengenai breast feeding ni.   Terpulang kt ibu itu sendiri sekarang sama ada dia mahu atau tidak untuk memberi susu terbaik di dunia ni kepada anaknya.

Ada byk kebaikan susu ibu ni. Baik utk ibu and baik utk baby. But, its not easy to be done. Mummy perlukan semangat yg kuat dan persiapan mental dari awal dan ilmu utk memastikan penyusuan susu ibu ni berjaya. Saya sendiri even sekarang pun kadang2 rasa nak putus asa and tak sabar nk berhenti breast feeding ni and start bagi kamilia susu formula. Dulu, sebelum bersalin, saya fikir, senang saja nk bg anak menyusu bdn. Apa lah yg susah sgt. But, how i was so wrong!...

Bila kamilia dilahirkan dan saya mula menyusu dia di hospital (Kami sm2 ditahan di hospital hampir seminggu lps bersalin sbb rahim saya dan kamilia dijangkiti kuman sbb masalah air ketuban dh hmpr kering dan doktor asyik nk seluk je tgk bukaan pintu tp last2 kena operate gak sbb kamilia dh lemas dlm perut) saya selalu sakit2 blkg bdn sbb posisi penyusuan yg salah dan mgkn juga kesan dari ceaserean. Saya pernah menangis sbb tak dpt thn sakit dan pernah berfikir nak berhenti menyusu  tapi saya ingatkan diri sendiri semua kebaikan susu ibu dan sentiasa tangguhkan niat utk berhenti breast feeding dan bg kamilia susu formula smpi sekarang. Apa yg bgs bgs bg anak susu ibu ni? haa.. Click sini dan baca sendiri
Kebaikan susu ibu yg saya petik dari laman sesawang (cewahh..) susuibu.com.

Lgpun kamilia cuma akan dpt susu ibu selama setahun ni je sbb lps ni saya nak pergi belajar dh dan tinggalkan dia dgn mak saya. Tak boleh nk bygkan mcm mn keadaan dia nanti. Maklum lah, setiap mlm, dia akan menyusu dgn saya smpi dia tidur. Nanti bila dia tggl dgn nek'enda dia, mcm mn nek'enda dia nk tidurkan dia? huhu. Saya selalu susah hati bila fikir hal2 mcm ni.

Perlahan-lahan saya latih kamilia minum susu formula tapi ttp meneruskan penyusuan susu ibu. Lgpun kamilia tak nak minum sgt pun susu formula tu. Sikit sgt dia minum. Tak smpi 4 oz pun. Pening saya dan hubby fikir mcm mn nk tackle dia minum susu tu. Lain plak kalau saya tinggalkan dia kt rumah nek'enda dia. Wlupun tak byk, tapi dia minum hbs jgk. Buat masa sekarang, Kami belikan dia susu Enfagrow A+. Tapi lps ni kami nk tukar bg dia minum Dutch Lady perisa coklat plak sbb kamilia suka dgn milo. Saya tak bg la dia minum byk2 milo tu, cuma kdg2 utk breakfast saya akan bg dia mkn roti atau biskut celup dlm milo. Hehe.

Oklah.. Cukup la smpi di sini dulu. Kalau ada sapa2 nk kongsi pengalaman dia menyusu anak kesayangannya di sini, mmg amat la dialu-alukan. Kita boleh sm2 belajar dari pengalaman msg2. Caiyok2!

Oh ya.. kepada siapa2 yg ada apa2 soalan tentang breast feeding ni dan tak tau nk tanya kt siapa, bleh la pg ke laman web http://susuibu.com/  (click je)

Thanks for reading ya!

No comments: