Tuesday, May 24, 2011

Sapa nak mkn Tiramisu?


Yeay! Pagi ni saya jumpa lagi resepi simple. Cuma ni bkn resepi lauk. Haha.. pantang nampak perkataan simple je, terus saya tgk resepi tu n nak try. Apa pun kena save kat sini gak. bleh buat rujukan di masa depan. Tuan punya resepi ni ialah umi -e. Dia siap bg gmbr lg tunjuk step by step. Saya jumpa resepi ni kt website kongsi resepi. Thanks umi for the resepi! Jom  kita try...


Tiramisu Simple~


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. 1tiramisu_satukan_bahan
     Satukan gula, cheese dan cream
  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
     Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. 3tiramisu_potong3bahagian
     Potong kek pada 3 bahagian
  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
     Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. 5tiramisu_curah_air
     Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
     Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
     Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
     Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. 8tiramisu_decorated
     Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...






Thanks for reading ya!

No comments: