Friday, March 18, 2011

Resepi lauk masak hari2..

  • Ni antara resepi senang yg saya selalu masak. hehe. Simple je. Tapi mmg sedap. Jadi lah utk masak utk en suami. Actually resepi ni dpt dari website kongsi resepi. Mmg jadi sumber rujukan pun. Tuan punya resepi, minta tlg halal kan ya ilmu ni~

Ikan sweet sour mudah

  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole)
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (bole jugak gune)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.


p/s 
selain guna ikan, kita jgk boleh guna telur goreng. Sedap jgk... telur goreng wif kuah sweet sour. yummy!

thanks for reading ya!



No comments: